1. Syiah menyelewengkan al-Qur’an.
Ulama Syiah dari dulu hingga sekarang menolak pendapat tentang
berlaku penyelewengan dalam bentuk seperti berlaku perubahan/tahrif,
lebih atau kurangnya ayat-ayat Qur an sama ada dari kitab-kitab Syiah
atau Ahlul Sunnah
.
Mereka berpendapat jika hujah berlakunya perubahan ayat-ayat Qur an diterima maka Hadith sohih Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, ” Aku tinggalkan kamu dua perkara supaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Qur an dan Sunnah/Ahl Bayt,”
tidak boleh dipakai lagi kerana al-Qur an yang diwasiatkan oleh Nabi
SAW untuk umat Islam sudah berubah dari yang asal sedangkan Syiah sangat
memberatkan dua wasiat penting itu dalam ajaran mereka
.
Lagi pun Hadith-hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syiah
berkaitan dengan tahrif keatas al-Qur an yang berjumlah kira-kira 300
itu adalah Hadith-hadith dhaif. Begitu juga dalam kitab-kitab Sunnah
seperti Sahih Bukhari turut menyebut tentang beberapa Hadith tentang
perubahan ayat-ayat Qur an misalnya tentang ayat rejam yang dinyatakan
oleh Umar al-Khattab, perbezaan ayat dalam Surah al-Lail dan sebagainya.
Bukahkah Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur’an (Surah 15:9), yang
bermaksud:” Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Zikr (al-Qur’an), dan
sesungguhnya Kami memeliharanya.” Sekiranya seseorang itu menerima
pendapat bahawa al-Qur’an telah diselewengkan oleh sesuatu golongan maka
di sisi lain orang ini sebenarnya telah menyangkal kebenaran ayat di
atas. Oleh itu semua pendapat tentang kemungkinan berlakunya tahrif
dalam ayat-ayat Qur an sama ada dari Syiah atau Sunnah wajib ditolak
sama sekali
.
Imam Ja’far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya
Rasulullah SAWA [bermaksud]: “Setiap Hadith yang kamu terima dan
bersesuaian dengan Kitab Allahtidak diragukan datangnya daripada
aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangandengan Kitab
Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku.”[Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid
I, Hadith 205-5]
2. Nikah Mut’ah.
Berhubung dengan isu hangat iaitu Nikah Muta’h yang dikaitkan
dengan zina, pendapat ini menimbulkan kemusykilan yang amat sangat. Ini
kerana menyamakan Mut’ah Nikah dengan zina membawa maksud seolah-olah
Nabi Muhammad SAWA pernah menghalalkan zina dalam keadaan-keadaan
darurat seperti perang Khaibar dan pembukaan kota Mekah. Pendapat ini
tidak boleh diterima kerana perzinaan memang telah diharamkan sejak awal
Islam lagi dan tidak ada rokhsah dalam isu zina
.
Sejarah menunjukkan bahwa Abdullah bin Abbas diriwayatkan pernah
mengharuskan Nikah Muta’ah tetapi kemudian menarik balik fatwanya iatu
di zaman selepas zaman Nabi Muhammad SAWA. Kalau muta’ah telah
diharamkan pada zaman Nabi SAWA adakah mungkin Abdullah bin Abbas
mengharuskannya? Sekiranya beliau tidak tahu [mungkinkah beliau tidak
tahu?] tentang hukum haramnya muta’ah adakah beliau berani
menghalalkannya pada waktu itu? Fatwa Abdullah bin Abbas juga
menimbulkan tandatanya kerana tidak mungkin beliau berani mengharuskan
zina [mut'ah] dalam keadaan darurat seperti makan bangkai, darah dan
daging babi kerana zina [mut’ah] tidak ada rokhsah sama sekali walaupun
seseorang itu akan mati jika tidak melakukan jimak. Sebaliknya Abdullah
menyandarkan pengharaman muta’ah kepada Umar al-Khattab seperti tercatat
dalam tafsir al-Qurtubi meriiwayatkan Abdullah bin Abbas berkata, ”
Sekiranya Umar tidak mengharamkan mutaah nescaya tidak akan ada orang
yang berzina kecuali orang yang benar-benar jahat.” (Lihat tafsiran
surah al-Nisa:24)
.
Begitu juga pengakuan sahabat Nabi SAW iaitu Jabir bin Abdullah
dalam riwayat Sohih Muslim, ” Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di
zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung
sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin
khuraits.”
.
Jelaslah mutah telah diamalkan oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW
selepas zaman Rasulullah SAW wafat. Oleh itu hadith-hadith yang
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengharamkan mutah nikah
sebelum baginda wafat adalah hadith-hadith daif.
.
Dua riwayat yang dianggap kuat oleh ulama Ahlul Sunnah iaitu
riwayat yang mengatakan nikah muta ah telah dihapuskanpada saat Perang
Khaibar dan pembukaan kota Mekah sebenarnya hadith-hadith yang daif.
Riwayat yang mengaitkan pengharaman muta ah nikah pada ketika Perang
Khaibar lemah kerana seperti menurut Ibn al-Qayyim ketika itu di Khaibar
tidak terdapat wanita-wanita muslimah yang dapat dikahwini.
Wanita-wanita Yahudi (Ahlul Kitab) ketika itu belum ada izin untuk
dikahwini. Izin untuk mengahwini Ahlul Kitab seperti tersebut dalam
Surah al-Maidah terjadi selepas Perang Khaibar. Tambahan pula kaum
muslimin tidak berminat untuk mengahwini wanita Yahudi ketika itu kerana
mereka adalah musuh mereka.
.
Riwayat kedua pula diriwayatkan oleh Sabirah yang menjelaskan
bahawa nikah muta ah diharamkan saat dibukanya kota Mekah (Sahih Muslim
bab Nikah Muta’ah) hanya diriwayatkan oleh Sabirah dan keluarganya
sahaja tetapi kenapa para sahabat yang lain tidak meriwayatkannya
seperti Jabir bin Abdullah, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud?
.
Sekiranya kita menerima pengharaman nikah muta’ah di Khaibar, ini
bermakna muta’ah telah diharamkan di Khaibar dan kemudian diharuskan
pada peristiwa pembukaan Mekah dan kemudian diharamkan sekali lagi. Ada
pendapat mengatakan nikah muta’ah telah diharuskan 7 kali dan diharamkan
7 kali sehingga timbul pula golongan yang berpendapat muta’ah nikah
telah di haramkan secara bertahap seperti mana pengharaman arak dalam
al-Qur’an tetapi mereka lupa bahawa tidak ada ayat Qur’an yang
menyebutkan pengharaman muta’ah secara bertahap seperti itu. Ini
hanyalah dugaan semata-mata.
.
Yang jelas nikah muta’ah diharuskan dalam al-Qur an surah
al-Nisa:24 dan ayat ini tidak pernah dimansuhkan sama sekali. Al-Bukhari
meriwayatkan dari Imran bin Hushain: “Setelah turunnya ayat
muta’ah, tidak ada ayat lain yang menghapuskan ayat itu. Kemudian
Rasulullah SAW pernah memerintahkan kita untuk melakukan perkara itu dan
kita melakukannya semasa beliau masih hidup. Dan pada saat beliau
meninggal, kita tidak pernah mendengar adanya larangan dari beliau SAW
tetapi kemudian ada seseorang yang berpendapat menurut kehendaknya
sendiri.” Orang yang dimaksudkan ialah Umar. Walau bagaimanapun Bukhari
telah memasukkan hadith ini dalam bab haji tamattu.
Pendapat Imam Ali AS adalah jelas tentang harusnya nikah muta’ah
dan pengharaman muta’ah dinisbahkan kepada Umar seperti yang
diriwayatkan dalam tafsir al-Tabari: “Kalau bukan kerana Umar melarang
nikah muta’ah maka tidak akan ada orangyang berzina kecuali orang yang
benar-benar celaka.” Sanadnya sahih. Justeru itu Abdullah bin Abbas
telah memasukkan tafsiran (Ila Ajalin Mussama) selepas ayat 24
Surahal-Nisa bagi menjelaskan maksud ayat tersebut adalah ayat muta’ah
(lihat juga Syed Sobiq bab nikah muta’ah).
.
Pengakuan Umar yang menisbahkan pengharaman muta’ah kepada dirinya
sendiri bukan kepada Nabi SAWA cukup jelas bahawa nikah muta’ah halal
pada zaman Nabi SAWA seperti yang tercatat dalam Sunan Baihaqi, ” Dua
jenis muta’ah yang dihalalkan di zaman Nabi SAWA aku haramkan sekarang
dan aku akan dera siapa yang melakukan kedua jenis muta’ah tersebut.
Pertama nikah muta’ah dan kedua haji tamattu”.
.
Perlulah diingatkan bahawa keharusan nikah mutah yang diamalkan
oleh Mazhab Syiah bukan bermaksud semua orang wajib melakukan nikah
mutah seperti juga keharusan kawin empat bukan bermaksud semua orang
wajib kawin empat. Penyelewengan yang berlaku pada amalan nikah muta’ah
dan kawin empat bukan disebabkan hukum Allah SWT itu lemah tetapi
disebabkan oleh kejahilan seseorang itu dan tidak dinafikan kelemahan
akhlaknya sebagai seorang Islam. Persoalannya jika nikah muta’ah sama
dengan zina, apakah bentuk muta’ah yang diamalkan oleh para sahabat pada
zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman khalifah Abu Bakar?[catatan: Nikah
muta'ah memang tidak sama dengan zina]
3. Syiah Kafir?
4. Syi’ah Yahudi?
Dakwaan Syiah adalah hasil daripada ajaran Yahudi dan Nasrani juga
tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Sebagai contoh, pada masa ini
pejuang Hizbollah (Syiah) berperang dengan Yahudi di Lebanon. Ramai
yang gugur syahid. Semua orang tahu Israel memang takut dengan pejuang
Hizbollah sebab itu mereka sengaja mengebom markas PBB pada tahun 1996
untuk menarik negara-negara barat mencari jalan menghentikan peperangan
dengan Hizbollah itu. Fakta Abdullah bin Sabak yang dikatakan pengasas
ajaran Syiah adalah kisah hayalan sahaja
.
Cerita Abdullah bin Sabak hanya dikutip oleh ahli-ahli sejarah
seperti al-Tabari dari seorang penulis hayalan yang bernama Saif bin
Umar al-Tamimi yang ditulis pada zaman Harun al-Rasyid. Jika seseorang
itu meneliti hadith-hadith tentang kelebihan Ali atau hadith tentang Ali
sebagai wasyi selepas Rasulullah SAWA yang dikatakan ajaran Abdullah
bin Sabak – sebenarnya tidak terdapat riwayat yang mengutip dari
Abdullah bin Sabak. Sebaliknya banyak hadith-hadith tentang kelebihan
Ali datangnya dari Rasulullah SAWA. Umar bin al-Khattab pula sewaktu
mendengar berita kewafatan Rasulullah SAWA enggan mempercayai kewafatan
Rasulullah SAWA tetapi Umar percaya Rasulullah SAWA tidak wafat
sebaliknya baginda SAWA pergi menemui TuhanNya seperti yang berlaku
kepada Nabi Musa AS menghadap Tuhan selama 40 hari dan hidup semula
selepas itu. Menurut Umar Rasulullah SAWA hanya naik ke langit.Lihat
Tabari, Tarikh al-Muluk wal Umman, Jilid III,halaman 198]
.
Kisah seperti ini tidak ada dalam catatan Hadith-hadith Nabi SAWA
tetapi mengapakah kita tidak menuduh Umar terpengaruh dari ajaran
Yahudi?
5. Syiah memaksumkan imam-imam mereka.
Mereka berhujah dengan ayat Quran 33:33 yang bermaksud: ” Sesungguhnya Allah hendak mengeluarkan dari kalian kekotoran [rijsa] wahai Ahlul Baytdan menyucikan kalian sebersih-bersihnya.” Istilah Ahlul Bayt menurut Hadith Rasulullah SAWA merujuk kepada lima orang iaitu Rasulullah SAW, Fatimah, Ali, Hassan dan Husayn seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Muslim
.
Perkataan rijsa[kekotoran] sudah tentu bukan kotor dari segi
ain seperti najis dan sebagainya tetapi merujuk kepada dosa-dosa dan
apabila Allah ‘hendak secara berterusan’ [yuridu] menyucikan mereka
sebersih-bersihnya tidak boleh diragukan lagi ia merujuk kepada
penyucian total dari sebarang dosa yang dalam istilah lain bermaksud
mereka adalah maksum
.
Tambahan pula banyak ayat-ayat Qur an yang menjelaskan perintah
Allah SWT supaya manusia berbuat maaruf dan meninggalkan perbuatan
dosa. Apabila Allah SWT memerintah manusia berbuat maaruf dan
meninggalkan dosa sudah tentu Allah SWT tahu bahawa manusia itu memang
mampu meninggalkan dosa kerana Allah SWT tidak akan membebankan manusia
dengan suatu perintah yang manusia tidak mampu buat
.
Oleh itu sekiranya Syiah mengatakan imam mereka maksum iaitu tidak
berbuat dosa serta Allah SWT memelihara mereka daripada perbuatan dosa
berdasarkan Surah 33:33 itu, adakah ia bercanggah dengan al-Qur an?
Adakah mereka yang tidak maksum layak menduduki maqam Imam ummah?
6. Syiah didakwa mengkafirkan para sahabat Nabi SAWA.
.
Sesiapa yang mencaci sahabat digolongkan sebagai kafir serta
terkeluar dari Islam (Nabi SAW menyatakan sesiapa yang mencaci seorang
muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kafir[Sahih Bukhari, Jilid I
Hadith 48]).[Nota: Syi'ah tidak mencaci sahabat-sahabat Nabi SAWA tetapi
menunjukkan perbuatan mereka yang menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Nabi
SAWA seperti yang tercatat dalam kitab-kitab sejarah dan Hadith. Mereka
menilai dan mengkritik perangai setengah sahabat dengan neraca al-Qur'an
dan Hadith Nabi SAWA.]
Dan jangan lupa! Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa
terdapat sahabat yang masuk neraka seperti dalam riwayat Sahih Muslim
dan Sahih Bukhari [akan dijelaskan di bawah].Istilah sahabat telah
digunakan dalam al-Qur an untuk Abu Bakar dan ini menunjukkan beliau
terjamin masuk syurga dan tidak melakukan kesalahan.
.
Apakah kita lupa istilah sahabat juga digunakan dalam al-Qur an
untuk teman Nabi Yusuf yang bukan beriman kepada Allah SWT ketika dalam
penjara? Sila baca Surah Yusuf untuk memuaskan hati kita (istilah sohibi
al-Sijni digunakan=sahabatku dalam penjara[nota:beliau bukan Islam dan bersama Nabi Yusuf AS dalam penjara]).
Memang Nabi Muhammad SAWA mempunyai sahabat-sahabat yang baik seperti
Ammar bin Yasir, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan sebagainya
tetapi di Madinah juga ada golongan munafiq yang dipanggil “sahabat”
oleh Nabi SAWA seperti Abdullah bin Ubay bin Salool. Dalam Sohih Bukhari
juga diriwayatkan bahawa ada segolongan “sahabat” yang bakal masuk
neraka ketika berjumpa Nabi Muhammad SAWA di al-Haudh. Nabi SAWA
memanggil mereka dengan istilah ‘ashabi’ [sahabatku]. Sila rujuk Sahih
Bukhari[Sahih Al-Bukhari, Jilid 4, hlm.94-96];Sahih Muslim, Jilid IV,
hadith 2133,2440.]
Sahabat yang baik memang kita hormati , sanjungi dan ikuti tetapi
sahabat yang jahat seperti Muawiyah yang menentang Imam Ali AS dan
mencaci Ali AS di atas mimbar patutkah kita berdiam diri?
.
Bukankah pasukan Muawiyah terlibat membunuh Amar bin Yasir dalam
Perang Siffin? Nabi SAWA pernah menyatakan sebuah hadith dalam Sahih
Bukhari menyifatkan orang yang terlibat dalam pembunuhan Amar adalah
golongan pemberontak dan Rasulullah SAWA bersabda [terjemahan]:…Kamu
(Amar) mengajak kelompok itu menuju ke Jannah tetapi kelompok itu
mengajak ke neraka.” [Sahih Bukhari, Jilid II,Hadith 462].
.
Al-Qur’an memerintahkan kita taat kepada Ulil Amri – pada ketika
itu ialah Imam Ali AS sebagai khalifah yang sah dan wajib ditaati.
Adakah tindakan Muawiyah itu selaras dengan ajaran al-Qur’an dan tidak
boleh dikritik?
Kita ikuti sahabat yang baik dan kita tinggalkan contoh sahabat
yang jauh dari ajaran al-Qur’an dan Hadith Nabi SAWA.Sejarah menunjukan
bahawa seorang sahabat bernama al-Walid bin Utbah dikaitkan dengan
asbabul nuzul ayat 6 Surah al-Hujurat iaitu menyatakan beliau seorang
fasiq. Qudamah bin Maz un seorang sahabat Badar dihukum had pada zaman
khalifah Umar kerana minum arak seperti dalam riwayat Sahih Bukhari.
.
Jika ada orang yang masih teguh dengan pendirian bahawa semua
sahabat adalah ‘adil maka apakah hukumnya Muawiyah mencari Ali di atas
mimbar? Apakah ijtihad Muawiyah boleh sampai mencaci Ali? Sebaliknya
orang yang mengkritik Muawiyah dikatakan mencaci sahabat Nabi SAWA? Jika
seseorang yang menolak kekhalifahan Abu Bakar dianggap kafir, apakah
pula hukumnya orang yang menolak perlantikan Ali setelah ada Hadith
al-Ghadir yang menetapkan Ali AS sebagai khalifah selepas Nabi SAWA
wafat? Bolehkah umat Islam memilih selain daripada yang telah ditetapkan
oleh Rasulnya?
.
Alllah SWT berfirman dalam Surah Hud:113,bermaksud: “Dan janganlah
kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu
disentuh oleh api neraka…”
.
Dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang menyuruh manusia berbuat
adil, dan melarang mereka dari berbuat zalim [nota: standard "adil"atau
sebaliknya adalah berpandukan Kitab Allah Azza Wa-Jalla dan tidak ada
sesiapa pun dikecualikan hatta para "sahabat" sekalipun].Balasan Allah
SWT di akhirat kelak berasaskan segala amalan manusia ketika hidup di
dunia – yang baik ke syurga dan yang buruk ke neraka.
.
Ini bermakna istilah “sahabatku”dalam Hadith Nabi SAWA tidak
bermakna merujuk kepada semua sahabat [sekiranya jumlah yang hadir pada
Haji Wida' iaitu seramai 140,000 atau 90,000 orang] adalah adil belaka.
Sahabat yang adil memang ada seperti Abu Dzar al-Ghiffari yang
dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAWA [terjemahan]:” Tidaklah
langit menaungi seseorang dan tidak bumi membawa seseorang yang lebih
jujur daripada Abu Dzar RA.”[Sunan al-Tirmidzi, Hadith 3889]
.
Begitu juga terdapat segolongan sahabat yang engkar mengikut
perintah Nabi SAWA terutamanya selepas Nabi SAWA wafat dan menjadi
seteru Ahlul Bayt AS [keluarga Nabi SAWA] seperti yang tercatat dalam
kitab-kitab sejarah. Nabi SAWA bersabda seperti yang diriwayatkan dalam
Sunan al-Tirmidzi, hadith 3878,[terjemahan]: “Cintailah Allah kerana
nikmat-nikmatnya yang diberikan kepadamu dan cintailah aku kerana cinta
kepada Allah dan cintailah keluargaku kerana cinta kepadaku.” Oleh itu
sesiapa yang memusuhi Ahlul Bayt AS memang menjadi musuh Rasulullah SAWA
dan Allah SWT. Bukankah Allah SWT telah melaknat golongan yang zalim
dalam al-Qur’an? “Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) ke atas
orang-orang yang zalim.”[Qur'an: 11: 18]
7. Golongan Syiah sering didakwa bukan mengikuti ajaran Ahlul Bayt Nabi Muhammad SAWAW.
Imam Ja far al-Sadiq bukan Syiah tetapi Ahlul Sunnah. Sebaliknya
semenjak kita belajar Ahlul Sunnah nama Imam Ja far al-Sadiq tidak
dikenal langsung tetapi golongan Syiah sering mengutip hadith-hadith
dari beliau dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Malahan semua sarjana
fiqh bersepakat bahawa Jaafar al-Sadiq pengasas fiqh Madzhab Syiah
Jaafariyyah. Oleh itu dakwaan di atas dibuat atas dasar emosi dan tidak
berasaskan akademik.
8. Syiah percaya kepada kepada al-Bada.
Tuduhan: Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang
Berlaku Kepada Manusia (al-Bada’). Ulama Syiah tidak pernah menganggap
Allah tidak mengetahui seperti tuduhan-tuduhan yang sengaja
menyelewengkan maksud sebenar. Al-Bada’ tidak bermaksud kejelasan yang
sebelumnya samar dinisbahkan kepada Allah SWT.
Al-Bada’ yang difahami oleh ulama Syiah ialah adalah Allah berkuasa
mengubah sesuatu kejadian dengan kejadian yang lain seperti nasikh dan
mansukh sesuatu hukum syariah yang tercatat dalam al-Qur’an tetapi
al-Bada’ menyangkut tentang sesuatu kejadian [takwini] seperti hidup dan
mati dan seumpamanya
.
Misalnya kisah penyembelihan Nabi Ismail AS tetapi kemudian Allah
Azza Wa-Jalla menggantikannya dengan seekor kibas. Allah SWT berfirman
dalam al-Qur’an 13:39 yang bermaksud: ” Allah menghapus apa yang Ia
kehendaki dan menetapkan [apa yang Ia kehendaki].
.
dan di sisinya terdapat Umm al-Kitab [Lauh al-Mahfuzh]." Sebuah hadith yang dipetik dari al-Kulaini dalam Kitabul Tauhid, Usul al-Kafi, hadith 373. Maksudnya:"Allah tidak menerbitkan [bada'] pada sesuatu melainkan ianya berada dalam ilmuNya sebelum [Allah menetapkan] berlakunya [bada' tersebut]."
Hadith 374 menegaskan bahwa:
Maksudnya:" Sesungguhnya Allah tidak menerbitkan Bada' dari kejahilan[Nya]". .
Syeikh al-Mufid menulis dalam bukunya Awail Maqalat: ” Apa yang
saya fatwakan tentang masalah al-bada’ ialah sama dengan pendapat yang
diakui oleh kaum muslimin dalam menanggapi masalah nasakh [penghapusan]
dan sebagainya seperti memiskinkan kemudian membuat kaya, mematikan
kemudian menghidupkan dan menambah umur dan rezeki kerana ada sesuatu
perbuatan yang dilakukan. Itu semua kami kategorikan sebagai bada’
berdasarkan beberapa ayat dan nas-nas yang kami dapatkan dari para
Imam.”
9. Syiah mengamalkan taqiyah.
Mereka mendakwa taqiyyah bermaksud berpura-pura dan sinonim dengan
perbuatan golongan munafiq. Syeikh Muhammad Ridha al-Muzaffar menulis
dalam bukunya Aqidah Syiah Imamiyyah:
"Taqiyah merupkan motto Ahlul Bayt AS bermotifkan untuk melindungi agama, diri mereka dan pengikut mereka dari bencana dan pertumpahan darah, untuk memperbaiki keadaan kaum muslimin serta penyelarasan mereka, dan memulihkan ketertiban mereka." Mengikut Alamah Tabatabai' dalam bukunya Islam Syiah bahawa sumber amalan taqiyah ini merujuk juga kepada al-Qur'an seperti Surah 3:28, yang bermaksud: "Jangan sampai orang-orang beriman menjadikan orang-orang kafir sebagai teman-teman mereka selain orang-orang beriman. Barang siapa yang melakukan hal itu maka tidak ada pertolongan dari Allah kecuali untuk menjaga diri terhadap mereka [orang-orang kafir] dengan sebaik-baiknya. Allah memperingatkan kalian [agar selalu ingat] kepadaNya. Dan kepada Allahlah kalian kembali."
.
Ungkapan menjaga diri terhadap orang-orang kafir dengan sebaik-baiknya diterjemahkan dari tattaquu minhum tuqatan dan kata tattaquu dan tuqatan mempunyai akar kata yang sama dengan taqiyah.
.
Ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan peristiwa taqiyah Amar bin
Yasir yang mencari perlindungan dengan mengaku kafir di hadapan
musuh-musuh Islam iaitu dalam Surah 16:106: Maksudnya:”…..”kecuali
orang yang terpaksa, padahal hatinya tetap tenang dalam beriman…”
.
Jelaslah bahwa taqiyah bukan membawa maksud berpura-pura seperti
mana yang sering didakwa oleh orang yang berpura-pura berilmu
pengetahuan tetapi sarat dengan kejahilan dan niat yang buruk.
10. Mengapa Syi’ah sujud di Tanah Karbala?
Soal mengapa pengikut Syi’ah bersujud di atas tanah Karbala tidak bertentangan dengan mana-mana hukum fiqh dari semua madzhab.
.
Solat adalah perbuatan ibadah yang cara-caranya terikat kepada
amalan Rasulullah SAWA.Kaedah ini diterima oleh semua madzhab dan tidak
ada sesiapa berani mempertikaikannya ataupun dia akan terkeluar dari
senarai “Muslim”.
Hadith Nabi SAWA yang mulia menjelaskan tentang cara-cara bersujud
seperti yang tercatat dalam Sahih Muslim, misalnya hadith nombor 469,
[terjemahan]…. Dan di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah
tiba, maka solatlah, kerana bumi ialah tempat bersujud(masjid) atau
hadith nombor 473, [terjemahan] “….Bumi dijadikan suci bagiku [nota: misalnya debu tanah boleh digunakan untuk bertayammum] dan menjadi tempat sujud [wa
ju'ilat ila-l-ardh tuhura wa-masjidan]. Dan memang orang-orang Syi’ah
mengikut contoh Imam-imam mereka seperti Imam Ali Zainal Abidin AS dan
seterusnya, yang meletakkan tanah Karbala sebagai tempat untuk bersujud.
Yang patut diingatkan bahawa Syi’ah tidak sujud kepada tanah
Karbala. [nota: perbuatan ini tentunya syirik] tetapi di atas tanah
Karbala untuk merendahkan diri di hadapan Allah SWT.Imam Ja’far al-Sadiq
AS ketika ditanya perkara tersebut berkata [bermaksud]: ” ….kerana sujud adalah untuk merendahkan diri di hadapan Allah, oleh itu adalah tidak wajar seseorang itu bersujud di atas benda-benda yang dicintai oleh manusia di dunia ini.” [Wasa'il al-Syi'ah, Juzuk III, hlm.591] Dalam hadith yang lain Imam Ja’far al-Sadiq AS menjelaskan bahawa: “Sujud di atas tanah lebih utama kerana lebih sempurna dalam merendahkan diri dan penghambaan di hadapan Allah Azza Wa-Jalla.” [Al-Bihar, Juzuk, 85, hlm.154]
11. Mengapa Syi’ah tidak boleh menerima Madzhab Ahlul Sunnah Wal-Jama’ah?
As-Sayyid Syarafuddin al-Musawi al-’Amili seorang ulama Syi’ah
dengan tegas menjelaskan: “ Bila dalam kenyataannya kami kaum Syi’ah
tidak berpegang kepada Madzhab Asy’ari dalam hal usuluddin dan madzhab
yang empat dalam cabang syari’at, maka ini sekali-kali bukan kerana kami
taksub; bukan pula kerana meragukan usaha ijtihad para tokoh-tokoh
madzhab tersebut. Dan juga bukan kerana kami menganggap mereka itu tidak
memilikikemampuan, kejujuran, kebersihan jiwa atau ketinggian ilmu dan
amal, tetapi sebabnya ialah bahawa dalil-dalil syari’ah telah memaksa
kami untuk berpegang hanya kepada madzhab Ahlul Bayt AS, ahli rumah
Rasulullah SAWA, pusat Nubuwwah dan Risalah, tempat persinggahan para
malaikat, dan tempat turunnya wahyu al-Qur’an
.
Maka hanya dari merekalah kami mengambil cabang-cabang agama dan
aqidahnya, usul fiqh dan kaedahnya.Pengetahuan tentang al-Qur’an dan
al-Sunnah. Ilmu-ilmu akhlak,etika dan moral. Hal itu semata-mata kerana
tunduk pada hasil kesimpulan dalil-dalil dan bukti-bukti. Dan
sepenuhnya mengikuti petunjuk dan jejak penghulu para Nabi, Rasulullah
SAWA.”[As-Syarafuddin al-Musawi,al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah,
Penerbit Mizan,hlm.17-18]
.
Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata: "Hadith-hadith yang aku riwayatkan adalah dari ayahku. Dan semua hadith tersebut adalah riwayat dari datukku. Dan semua riwayat datukku adalah dari hadith datukku al-Husayn AS. Dan semua riwayat al-Husayn AS adalah dari hadith al-Hasan AS. Dan semua hadith al-Hasan AS dari datukku Amirul Mu'minin Ali AS; dan semua hadith Amirul Mu'minin Ali AS adalah dari hadith Rasulullah SAWA. Dan hadith-hadith Rasulullah SAWA adalah Qaul Allah Azza Wa-Jalla." [Al-Kulaini,al-Kafi, Juzuk I, hadith 154-14] Bagi Syi'ah, tidak ada dalil bagi seseorang itu untuk menerima selain dari Mazhab Ahlul Bayt AS kerana perkara itu telah diputuskan oleh Allah SWT.
12. Imam Mahdi AS hidup lebih 1000 tahun
Mereka mendakwa kepercayaan bahawa Imam Mahdi AS masih hidup sejak peristiwa ghaib kubra pada tahun 329H adalah sesuatu kepercayaan yang karut. Mengapakah mereka lupa bahawa Allah SWT telah menghidupkan nabi-nabi terdahulu dengan umur yang panjang seperti Nabi Nuh AS dan Nabi Adam AS? Malahan umat Islam percaya Nabi Isa AS masih hidup hingga kini sejak beliau diangkat ke langit oleh Allah SWT dalam peristiwa beliau diselamatkan dari pembunuhan pengikut-pengikutnya. Ini bermakna beliau as telah hidup lebih seribu tahun. Pemuda-pemuda Ashabul Kahfi di bangkitkan oleh Allah SWT setelah ditidurkan dengan begitu lama. Begitu juga umat Islam percaya Nabi Khidir as masih hidup hingga kini. Malahan syaitan la'natullah alahi masih hidup sejak makhluk ini engkar kepada Allah SWT. Ini bermakna syaitan telah hidup lebih lama dari 1,000 tahun. Tidakkah kisah-kisah ini menunjukkan bahawa umur panjang bagi Imam Mahdi AS bukanlah sesuatu yang mustahil kerana Allah SWT Maha Berkuasa bagi perkara yang sekecil itu. . 13. Aqidah Raja'ah (hidup kembali-di dunia)
Al-Allamah al-Safi menjawab tentang masalah rajaah seperti berikut: " Qaul tentang raja'ah itu merupakan qaul dari itrah Rasulullah SAWA yang suci. Perbahasan tentang masalah ini telah beredar dikalangan mereka dan selain dari mereka. Pedoman mereka dalam masalah ini adalah ayat-ayat Qur'an dan hadith-hadith yang mereka riwayatkan dengan sanad yang turun temurun dari datuk-datuk mereka sampai kepada datuk Rasulullah SAWA . Kenyataan yang tidak mungkin diingkari oleh para peneliti masalah-masalah keislaman adalah bahwa sumber aqidah raja'ah itu adalah imam-imam Ahlul Bayt AS yang telah ditetapkan kewajipan berpegang teguh kepada mereka dengan keterangan dari hadith al- tsaqalain dan lain-lainnya . Pihak syiah mengatakan tentang raja'ah secara global. Mereka membandingkan hal ini dengan kejadian-kejadian para ummah terdahulu seperti yang diceritakan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya, yang bermaksud:" Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-beribu (jumlahnya) kerana takut; maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu," kemudian Allah menghidupkan mereka (kembali)...(Al-Baqarah:243) . Ayat yang lain, bermaksud:" Atau apakah (kamu tidak memerhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atasnya. Dia berkata:" Bagaimanakah Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah ia roboh?" Maka Allah mematikan orang itu selama seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali.... (Al-Baqarah:259) Dan boleh juga mengambil teladan dari firman Allah Ta'ala dalam ayat berikut yang bermaksud:" Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada pada dirinya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami melipatgandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (Al-Anbiya:84) Mereka golongan syiah mengatakan bahawa hal itu tidak mustahil akan terjadi kepada umat ini berdasarkan firman Allah Ta'ala:
.
Maksudnya:” Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari
tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami,
lalu mereka dibahagi-bahagikan (dalam kelompok-kelompok).” (Al-Naml:83)
Hari yang disebutkan Allah SWT dalam ayat di atas, tentu bukan Hari
Qiamat, kerana pada Hari Qiamat Allah membangkitkan semua umat manusia,
sebagaimana yang difirmankanNya dalam ayat berikut:
.
Maksudnya:” Dan Kami kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun dari mereka.” (Al-Kahfi:47)
Dalam dua ayat di atas, Allah SWT menyatakan bahawa Hari
Kebangkitan itu ada dua. Kebangkitan umum dan kebangkitan khusus. Hari
yang dibangkitkannya segolongan orang-orang dari tiap-tiap umat itu
bukan Hari Qiamat, jadi ia tidak lain adalah Yaumul Raja’ah.
.
Adapun tentang perincian Yaumul Raja’ah itu tidak ada hadith-hadtih
sahih yang menyatakannya. Hadith-hadith yang menyebutkan tentang
perincian Yaumul Raja’ah adalah hadith-hadith dhaif sama ada dari segi
dalalahnya ataupun sanadnya. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Lutfollah
Saafi Golpayegani dalam bukunya yang bertajuk “Aqidah Mahdi dalam
Syi’ah Imamiyyah” menyatakan bahawa hadith-hadith perincian tentang
Yaumul Raja’ah adalah hadith-hadith dhaif dan ditolak oleh ulama hadith
syi’ah.
.
Aqidah Raja’ah mempunyai asas ajaran dalam al-Qur’an dan dinyatakan
oleh para Imam Ahlul Bayt AS, oleh itu adakah wajar kita menolaknya?
.
14. Isu-isu al-Qur’an, Mushaf, dan Wahyu kepada Fatimah AS
A
pabila dibicarakan tentang persamaan antara sunnah dan syiah bererti di situ pasti ada perbedaannya.
Permasalahannya apa bila ada perbedaan, apakah pegangan kepada satu
mazhab menjadi penilai kebenaran dalam mengukur mazhab yang lain? atau
di kembalikan kepada Al Quran dan hadis dan mengukurnya secara rasional
yang bebas dari ketasuban bermazhab?
.
Tuduhan terhadap syiah bukan satu yang baru dan sepertinya tidak
akan berahkir. Setelah membaca banyak buku-buku yang menyalahkan syiah,
kami melihat hal ini disebabkan oleh beberapa perkara.
1- Menilai kebenaran berdasarkan mazhab tertentu.
2- Menafsir sendiri riwayat syiah tanpa melihat penfsiran
ulama syiah tentang hadis tersebut, sehingga natijah yang diambil
berdasarkan selera sendiri.
3- Mengambil kata-kata ulamak sebagai sandaran tanpa menilai
kembali pandangan mereka dan suasana mereka mengeluarkan fatwa.
4- Menungkilkan hadis separuh separuh hingga menyebabkan maknanya berubah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar