Selasa, 16 Oktober 2012

Perempuan Nan Bercinta – Faisal Tehrani

Perempuan Nan Bercinta -
Faisal Tehrani.
Pengarang terkenal Faisal Tehrani menggesa pihak berkuasa menangani buku  barunya Perempuan Nan Bercinta secara akademik dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengharamkannya
.
“Pegawai agama perlu berada dalam ruang dia sendiri, saya buat kerja saya sendiri. Kalau sesiapa nak jawab (buku saya), jawab dalam bentuk akademik, jangan guna kuasa (mereka),” katanyaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbang untuk mengharamkan novel terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) yang dilancarkan perdana menteri pada 3 Julai lalu.
 
Judul Buku : Perempuan Nan Bercinta (2012)
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Harga : RM 35.00
 

Perempuan Nan Bercinta

“Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati.”
.
Saat pertama kali bergulat dengan naskhah merah yang dihiasi ilustrasi kelopak bunga putih, hati mula menebak. Barangkali ini adalah permulaan Faisal Tehrani yang ‘baru’. Membaca karya segar beliau itu mengundang persoalan awal. Isu apa yang mungkin ingin diberatkan oleh beliau kepada pembaca kali ini?
.
Seperti karya-karya sebelumya, FT bijak mengukir aksara, mencantum kata dan memperindah bahasa dengan langgam tersendiri. Keunikan itu juga dipengaruhi kuat dengan gelora semangat jiwa beliau yang tidak pernah gagal untuk dizahirkan dengan sempurna ke dalam setiap karyanya
 
Aku masih menggagahi diri agar terus membaca dan menghadam inti dengan mendalam. Adakah mungkin ia kejutan baharu yang berkaitan dengan apa yang diperjuangkan kebelakangan ini? Atau mungkin, ia adalah tunjuk rasa kepada suatu konflik yang beliau namakan sebagai ‘penafian’ terhadap dirinya? Mungkin juga mahu menyinggung isu-isu semasa yang semakin menimbulkan jalur kerutan terhadap kemelut sosial yang berlaku?
Ternyata, sebaik membaca bahagian yang pertama, seolah-olah dapat menghidu rentak ‘roh’ penulisan beliau. Penulisan matang seorang doktorat yang mengutamakan disiplin ilmu perlu ditegak dalam wahana sastera. Membaca dengan penuh kebimbangan, dengan rasa tergugah dan mulai diserap provokatif, ia sememangnya bacaan yang santai namun mencabar pemikiran
.
Seperti kata Isa Kamari, penulis dari Singapura, “Saya merasakan karya ini menandakan persimpangan FT bertukar dari sasterawan menjadi doktrinaire. Terasa beliau terhimpit dan meraung.”
.
Ayuh, selamat mencerna bahan bacaan bermutu. Semoga terhibur dan bersedap-sedap dengan bahan sastera Melayu yang semakin jauh di pinggiran hati masyaraka
 
Sinopsis:
Novel “sekuel” kisah perjuangan Dr. Ali Taqi, yang mana beberapa prinsip watak diperkenalkan mengeliliinginya, khusus Tengku Idora wanita liberal feminis yang mendepani Dr. Ali, serta Fatimah, anak Dr. Ali sendiri apabila persoalan perjuangan ayahnya dibawa ke hadapan, menyentak hidupnya untuk satu penerusan hidup dan saksama keadilan yang tidak terbayangkan.
Rasa:
Lumrah dalam alam Tehrani sekarang, kita perlu bersedia dengan wadah demi wadah yang semacam merupakan pergerakan terkini Faisal, penulis tersohor kita yang berevolusi sebaik Madonna. Buku yang tebal ini sarat wadah, dan wadah yang setentunya penting abad ini (tika ini, malah). Mengapa penting? Sastera tercipta sebagai ruang yang tidak mati, hanya disuapkan dengan kisah-kisah indah pasif lalu memohon kita melalui kehidupan semacam mimpi. Begitulah novel cinta popular serasanya
.
Sastera “hidup” kerana diperdebatkan, dipersoalkan, diceritakan, dicerna, dihadam. Novel ini punya kekuatan itu, baik dari segi meneliti sejarah pecahan-pecahan ikutan, perpecahan usul fiqh, falsafah Islam, tasawuf, sehinggalah meniti jati diri pemaknaan ahlul bait dan pengaruh ummah sepenuhnya terhadap dunia, di sini dengan lebih penting, terhadap penglibatan feminis-liberal yang secara menariknya adalah isu hangat yang melanda Malaysia sekarang, serta kemurtadan dan ancaman agama lain terhadap Islam.
.
Di tengah-tengah semua ini tentulah watak utama Dr. Ali Taqi yang kita kenali dalam Tuhan Manusia, seorang insan yang terbuka tetapi kritis terhadap pemahaman ilmu dan sejarah Islam, cendekiawan yang dilukiskan sebagai berdiri benar-benar di hadapan pancaroba kemodenan dan kegegaran umat Islam dunia dengan pemahamannya yang “provokatif” walaupun bukanlah baharu, sepertinya suatu “reformis baharu” umat sekarang, yang saya kira menarik untuk dibicarakan (dan dibangkang dalam keadaan yang tertib sudah tentu). Inilah yang sepatutnya wujud dalam novel dan sastera kita.
.
Walaupun ya, saya mengalami beberapa masalah yang enteng mungkin buat orang lain, tetapi masalah buat saya apa-apa pun. Ada bahagian novel ini yang menggunakan deus ex machina yang jelas-jelas membuat saya terlopong malah biasa wujud dalam novel-novel popular (wops!), ini berkenaan dengan sakit-pulih wirawati kita, Tengku Idora, apa-apa pun “masuk Jawi”nya kepada Islam sejati semula berjustifikasi dan menarik, khusus terhadap keinginannya yang tidak terungkap terhadap Bastian
.
This is typical women’s novel but handled efficiently by the writer. Paling menggaru kepala adalah kisah panjang perjuangan Hezbollah dalam justifikasi latar Syiah untuk membuat Fatimah, anak Dr. Ali Taqi jatuh cinta terhadap seorang pemuda wira sejati. Serius pada babak-babak ini, saya lebih mencadangkan novel ini diubah daripada Perempuan Nan Bercinta kepada Perempuan Nan Berjela-jela. Lebih memelikkan, falsafah bersalut imbas kembali ini dicoklatkan dengan berahi subur dan diam Fatimah terhadap pemuda itu, seks yang halal sudah tentu.
.
Saya tidak ada masalah dengan novel ini. Serius. Saya suka akhirnya, walaupun pelbagai persoalan tiada terjawab, malah kita faham benar bab demi bab yang kita lalui merupakan strategi Faisal mencaknakan suatu wadah kuat berkenaan “mencari titik tengah” dalam Islam, yang bagi saya rasional, terkini dan murni. Malah hal ini sudah dijelmakan dengan baik oleh Faisal dengan cerpen terbaharunya di Utusan berjudul Homosektual,  yang begitu memeranjatkan boleh terlepas daripada pandangan editor (tahniah Ku Seman!)
.
Di sinilah Faisal menampilkan “inti” keIslaman yang sepatutnya, lebih-lebih lagi dalam hidup, yakni kecintaan dan perikemanusiaan melangkaui kekerasan dan paksa ikut perintah yang mula tampak cerna dalam pentadbiran dan kemungkinan cara pengendalian orang-orang agama. Persoalan ini menarik: Kenapa bertegang urat bila kita sesama sesaudara? Dan pendirian ini terikat kukuh dengan wadah Faisal memperkenalkan sejarah “berdarah” Islam berkenaan persengketaan “yang tidak sepatutnya” antara golongan yang pelbagai sehingga terpecah-pecah dan terpaksa menunjukkan “kuasa” untuk wujud “lama” dalam paradigma umatnya
.
Dua isu yang setentunya menjadi hal kontroversi (yang bolehlah saya tebarkan permaidani buat Kak Cintazeni memasuki gelanggang) adalah berkenaan sejarah “dosa-dosa” Wahabi yang diperkenalkan (sekali lagi) serta akidah pembawaan bapa Ahli Sunna wal Jamaah yang buat saya menarik untuk diperhitungkan. Dalam segala ini, Syiah yang dibidas duduk di tengah-tengah sehinggakan “pertanyaan yang tidak dapat dijawab Ahli sunah Waljamaah telah dijawab oleh Syiah…” (hlm. 409) dan sebaliknya.
.
Apa yang kekurangan dalam novel penuh retorik ini adalah “jiwa”. Ia amat kehausan jiwa, mencari-cari malah, diperlihatkan dalam perwatakan Tengku Idora. Tetapi hal ini tiada kesampaian. Inilah buat saya, walaupun cetek ilmu, sesebuah novel agama/persoalan agama memang memerlukan sentuhan ini, yang mana wujud dalam mana-mana penulisan sufi. Rujuk bagaimana angkuh kadang-kadang Dr. Ali terhadap manusia yang “menentang”nya sepertimana “Untuk menjawab soalan dangkal saudara…” (hlm. 383) ataupun “… saya tidak menulis untuk ditujukan kepada tuan-tuan. Saya mengarang untuk masa hadapan.” (hlm. 385) yang dinyatakan Dr. Ali. Mana-mana manusia berjiwa sufi, tahu ketertibannya, tahu jiwa manusia lantas tahu bagaimana mendepani dan memperhalusi manusia. Ini yang kurang terpampang dalam novel penuh fakta, rujukan, kenyataan dan persoalan yang berlingkar-lingkar berkenaan kehidupan dan  pejuangan pencarian kebenaran
.
DR Faisal Tehrani tampil lagi dengan buah tangan terbaharunya, Perempuan Nan Bercinta yang dikatakan sebagai novel yang paling provokatif setakat ini, seperti mana yang terdapat dalam sari ransang dalam novel tersebut. Novel kali ini menampilkan kekuatan pengarang dari sudut mengetengahkan rencam wacana dan kepelbagaian ideologi yang ingin dipaparkan dari sudut sarwa pandang dan weltanschauung beliau
. Perempuan Nan Bercinta (PNB) dimukaddimahkan dengan seorang feminis yang juga sarjana pengasas bagi pertubuhan feminisme Modest Women Oriental (MWO), Dr Tengku Idora, mengalami halusinasi oleh suara-suara Allayarham bondanya, Tengku Melor. Ngiangan suara Tengku Melor yang ‘berhantu’ dalam novel ini menggambarkan kebijakan pengarang menggerakkan cerita, iaitu menerusi serangkap kata “cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati”. Ungkapan ‘berhantu’ inilah yang mencetuskan inkuiri pembaca seperti mana telah menggetuskan rasa ingin tahu Tengku Idora dari awal sehingga tamat cerita.
.
Tengku Melor membekalkan pembaca dan Tengku Idora dengan sembilan nama iaitu siddiqah, mubarakah, thahirah, zakiyah, radhiyah, mardhiyah, muhaddatsah (PNB, m/s 55), dan Tengku Idora dikehendaki mencari dua lagi nama. Dari titik inilah pengarang memulakan wacananya dan berkembang sehingga akhir cerita.
.
PNB digerakkan oleh kepelbagaian konflik intelektual yang diiringi konflik emosi antara watak. Watak Dr Ali Taqi (watak yang sebelum ini hadir dalam novel Tuhan Manusia), berfungsi sebagai titik utama cerita, iaitu watak yang menyatukan kesemua watak yang setiap satunya mewakili wacana yang berlainan; Tengku Idora yang mewakili wacana feminisme, Briana yang mewakili ateisme; Tengku Zanjabila (kebudayaan Islam), Bastian (kesusasteraan Islam), Hashemi (teologi Salafi-Wahabbi), dan Dr Siti Fatimah Ali Taqi (jihad Islamiah dan gagasan supramazhab).
.
Dr Ali Taqi digambarkan sebagai rausyanfikir yang berpegang kepada tradisi ahlul bait, mempunyai kepakaran dalam bidang Sufisme, Falsafah dan Warisan Parsi mewakili wacana pertembungan Sunni-Syiah dan menerusi pelbagai wacana dua hala mengetengahkan autoriti Syiah. Melalui watak Dr Ali Taqi inilah, plot menjadi semakin ‘panas’ sehingga pertengahan cereka, dan kendur di pengakhirannya. Interaksi dua hala antara Dr Ali Taqi dengan watak-watak yang lain (yang masing-masing memegang wacana ideologi yang berlainan) berjaya menjadikan plot semakin hangat dengan pertembungan idea, namun idea-idea tersebut menyatu dan seolah-olah membentuk satu ‘kata putus’ bahawa perbezaan ideologi inilah yang membentuk kesempurnaan hubungan sesama manusia (hablun minannas) melalui wacana intelektual.
.
Tengku Idora yang lazim sebagai penentang kuat Dr Ali Taqi berubah haluan daripada kiblat feminisme Barat kepada mendukungi feminisme jati Islam setelah menemui jawapan dua nama ‘perempuan yang menentang’ seperti yang digesa bayangan Tengku Melor, iaitu kauthar dan zahra. Kesembilan-sembilan nama ini merujuk kepada Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulallah s.a.w yang digambarkan sebagai feminis tulen menurut sarwa pandang Islam. Bastian, pencinta Tengku Idora dalam diam, akhirnya bertukar akidah setelah perbahasan ringkas beliau bersama Dr Ali Taqi berkenaan kesusasteraan Islam dan empat soalan yang menghantui dan menjadi batu penghalang Bastian untuk memeluk Islam.
.
Pasangan filsuf Tengku Zanjabila dan Hashemi pula berubah kiblat daripada salafi kepada tradisi ahlul bait setelah bertemu empat mata dengan Dr Ali Taqi. Briana memeluk Islam setelah berwacana dengan Dr Ali Taqi, manakala Dr Siti Fatimah pula secara terang-terangan menggagaskan aliran baharu iaitu supramazhab setelah bapanya ditangkap atas tuduhan mendasari perjuangan ejen Syiah melalui gerakan keintelektualan FASEH.
.
Novel ini secara keseluruhannya menyentuh persoalan aliran Syiah yang sering menghantui masyarakat masa kini. Persoalan gagasan teminologi ilmu yang dikatakan berpusat pada ahlul bait dan Saidina Ali sebagai gerbang kelimuan, autoriti tradisi ahlul bait, dan kefungsian Syiah dan Sunni yang saling melengkapi seolah-olah menjadi jawapan kepada pengarang novel ini, atas segala tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau selama ini berkenaan mazhab yang dianutinya.
.
Pada pertengahan cerita, pembaca akan merasai kegelisahan kerana naskhah ini nampaknya lebih banyak berpihak seolah-olah mengagungkan tradisi ahlul bait yang didasari aliran Syiah dan menampakkan pelbagai kelemahan dan masalah Ahli Sunnah Waljamaah. Walau bagaimanapun ketegangan ini semakin kendur di penghujung cerita apabila Dr Siti Fatimah mengagaskan “Sunni dan Syiah saling melengkapi. Terdapat pertanyaan yang tidak dapat dijawab Ahli Sunnah Waljamaah telah dijawab oleh Syiah dengan jayanya, dan kekurangan Syiah ditampung Ahl Sunnah Waljamaah,” apabila diasak pertanyaan oleh para wartawan sewaktu sidang media di Dewan Kuliah Utama di Komplek FASEH (PNB, m/s 409).
.
Novel ini tidaklah menggesa pembaca-pembacanya agar segera bertukar mazhab, sebaliknya pengarang dengan kebijaksanannya merungkai persoalan penginstitusian agama dan mazhab, persoalan penidakan hak-hak Syiah, dan merungkai kefanatikan terhadap mazhab yang maujud dalam masyarakat hari ini.
.
Siapa Perempuan Nan Bercinta? Siapa pula perempuan yang menentang? Jawapannya ada di mana-mana sahaja dalam novel ini. Tiada watak yang khusus yang mewakili Perempuan Nan Bercinta yang menjuduli novel ini. Malah dapat dikatakan hampir semua perempuan dalam novel ini ialah perempuan yang bercinta; mencintai ilmu, mencintai perjuangan dan mencintai pegangan. Perempuan yang menentang yang dicari-cari pembaca zahir setelah lengkap pencarian sembilan nama seperti yang digesa Tengku Melor sepanjang cerita, iaitu Fatimah Az-Zahra, tokoh wanita agung dalam sejarah Islam.
.
Walau bagaimanapun, Perempuan Nan Bercinta dapat dikatakan juga zahir melalui jelmaan Siti Fatimah Az-Zahra iaitu Dr Siti Fatimah Ali Taqi. Semangat revolusioner ‘sehingga mati’ digambarkan oleh pengakuan berani Siti Fatimah bahawa dia ialah generasi supramazhab dan kata-kata “Jika Dr Ali tidak mendapat keadilan yang sepatutnya. Maka saya, Siti Fatimah Ali Taqi akan bangun melawan.” (PNB, m/s 410).
.
Kemahiran pengarang dalam bermain bahasa tidak perlu dipersoalkan lagi. PNB kelihatan begitu romantis di tangan Faisal terutama dari sisi perbualan antara Tengku Idora dengan Bastian dan Tengku Zanjabila dengan Hashemi. Walau bagaimanapun, nilai estetika ini patah di tengah-tengah cerita, apabila citra wacana lebih menonjol berbanding citra bahasa terutama apabila wacana yang membabitkan Dr Ali Taqi. Kebanyakan dialog kelihatan seperti tangkap muat daripada teks, kering dan tidak santai. Namun, kemahiran pengarang bermain bahasa tetap serlah dari awal sehingga akhir malah Faisal Tehrani berjaya menyerlahkan sisi nakal melalui beberapa dialog.


Novel ini menyatukan pelbagai pemikiran yang jarang disuguh oleh pengarang-pengarang lain. PNB menampilkan kelainan, memandangkan novel ini dimungkinkan oleh kajian kedoktoran Faisal Tehrani berkenaan pelbagai ideologi. Watak-watak yang mewakili kepelbagaian wacana dan ideologi tampil berfungsi sebagai penghubung wacana. Enam watak yang signifikan; Dr Ali Taqi, Tengku Idora, Bastian, Hashemi, Tengku Zanjabila dan Siti Fatimah Ali Taqi berjaya menyatukan wacana-wacana ini, seperti mana diwakili oleh enam kelopak bunga lili yang melatari muka hadapan PNB, enam kelopak yang menyatu membentuk sekuntum bunga yang persih dan suci.
.
Namun demikian, pengarang kelihatan sengaja membiarkan novel ini berdiri di atas tiket antiplot, apabila ceritanya bergayutan dengan kesudahan Dr Ali Taqi yang tidak ketahuan. Atau mungkinkah Dr Faisal Tehrani bakal hadir dengan sekuel PNB yang seterusnya? Kita akan terus setia menanti pelbagai lagi kejutan dan jawapan yang dicipta seorang Faisal Tehrani untuk menjawab pelbagai persoalan seputarnya.
.
p/s: Aku hanya penyokong sastera Melayu. Tiada lebih dari itu. Harap maklum bagi mereka yang sering gundah dan menghulur pesan waspada kepada aku. Nasihat kalian, amat aku hargai.

Rabu, 03 Oktober 2012

Fatimah Azzahra as Murka Kepada Abu Bakar Dan Umar

Ahlu Sunnah dan Fathimah Azzahra

 Tidak diragukan lagi dengan memperhatikan riwayat Ahlus sunnah sendiri bahwasanya Fatimah Az-Zahra a.s sangat marah dikarenakan khalifah pertama dan kawan- kawannya, dan beliau tidak ridho terhadap kedua-duanya (khalifah pertama dan kedua) dimana beliau sampai akhir hayatnya  tidak berbicara dengan dua orang tersebut[1].

tidakkah Rasul saww telah bersabda: “barang siapa yang menyakiti Fatimah (a.s), maka telah menyekitiku dan barang siapa yang telah menyekitiku, maka Allah swt akan marah kepadanya”? Apakah bukan karena dalil ini, dimana Ali a.s mengkuburkan jenazah Fatimah Az-Zahra a.s di malam hari dan tidak membolehkan khalifah pertama dan kedua untuk ikut serta dalam pemakamannya? Sesungguhnya masalah ini terdapat dalam kitab-kitab Ahlus sunnah[2].
Pertanyaan semacam ini akan terus tetap ada dibenak kaum muslimin yaitu kenapa makam Sayidah Fatimah Az-Zahra a.s disembunyikan dan tidak diketahui? tidakkah beliau peninggalan Rasul saww, kautsar, salah satu bagian dari ayat tathir dan mubahalah? Apakah sampai sekarang tidak ada orang yang berfikir kenapa makam beliau dirahasiakan? Kenapa Imam Ali a.s, Imam Hasan a.s dan Imam Husain a.s serta Imam-Imam lainnya tetap menyembunyikan kuburan Sayyidah Fatimah Az-Zahra a.s? Tidakkah ini semua menceritakan akan kemarahan beliau dimana sebab marahnya beliau karena dua hal yaitu; pertama adalah masalah kekhilafahan dan masalah penyerangan ke rumah beliau serta pengancaman akan pembakaran rumah beliau, dan yang kedua adalah masalah tidak diserahkannya tanah fadak? Sebagaimana yang telah disebutkan dalam kitab Ahlus sunnah[3].
Dalam kitab Aqdul farid karya Ahmad bin Muhammad bin abdirabbah jild 5 hlm 13-14 dituliskan bahwasanya Umar bin Khattab membawa obor ke rumah Fatimah Az-Zahra as guna membakar rumah tersebut, pada waktu itu dia bertemu dengan Fatimah Az-Zahra as, Fatimah as berkata kepadanya, “hai anaknya Khattab! apakah kamu datang kemari hanya ingin membakar rumah kami? Umar berkata, iya. kecuali kalian berbaiat kepada Abu Bakar[4].”

Peristiwa penyerangan dan pengancaman khalifah kedua kerumahnya Ali as dan Fatimah Az-Zahra as  telah dituturkan dalam kitab-kitab Ahlus sunnah, dan hal tersebut tidak bisa dipungkiri, dengan adanya ini semua apakah bisa dibilang bahwasanya Syi’ah telah merekayasa kejadian tersebut? Jika peristiwa ini adalah rekayasa semata, maka bisa dibilang semua kitab-kitab Ahlus sunnah adalah rekayasa.

[1]- Muskil al-atsar, Abi Ja’far Thohawi juz 1 hlm.  47-48, / Sunan al-Kubra, Abu Bakar Baihaqi juz 6 hlm.  300,/ Jamiul Usul li ahadits al-Rasul, Ibnu Atsir Jazri juz 4 hlm.  428 hadis 2079 dan juz 10 hlm.  386 hadis 7417,/ Kanzul Ummal Muttaqi Hindi juz 5 hlm.  584 hadis 14069,/ Wafaul wafa’ bi ahbaril musthofa, Nuruddin Samhudi juz 2 hlm.  995,/ I’lam al-nisa’ Umar ridzo kuhalah juz 4 hlm.  122-124, juz 5 hlm.  285,/ Torikhul Khomis juz 2 hlm.  173.
[2]- Shohih Bukhori kitab maqozi juz 5 hlm.  82-83, begitu juga dalam juz 8 hlm.  3 kitab al faroidz,/ Jamiul 
usul Ibnu Atsir juz 4 hlm.  428, hadis 2079,/ Musnad Ahmad Hanbal juz 1 hlm.  9-10,/ Albidayah wan nihayah Ibnu Katsir juz 5 hlm.  285,/ Attalkhis Zzahabi,/ Mustadraok alas shohihain juz 3 hlm.  154.
[3]- Musnif, Abu Bakar Ibn Syaibah juz 7 hlm.  432 hadis 37045,/ Al Imamah wa al-siyasah Ibn Kutaibah juz 1 hlm.  12-13,/ Torikh ya’qubi: ya’qubi juz 2 133 dan 137 (dengan tema ayyamu Abi Bakar),/ Insabul asyrof beladri hlm.  586 hadis 1184,/ Torikhul umam wal muluk thobari juz 2 hlm.  443 peristiwa tahun 11.
[4]- Mukhtasar fi akhbar al-basar juz 1 hlm.  156,/ Kanzul Ummal Muttaqi Hindi juz 5 hlm.  651 hadis 14138,/ Izalatul Khalifah Dahlawi Hindi juz 2 hlm.  29 dan Kurratul Ainain  hlm.  78.

Di balik ikhtilaf umat Muhammad saw

 

1. Tubuh suci Rasul saww belum sempat terkuburkan, namun perselisihan mengenai masalah kekhilafahan sudah dimulai, jika seandainya mereka semua mengamalkan wasiat Rasul saww dan membawakan tinta serta pena diakhir hayat beliau, apakah perselisihan ini akan muncul ditengah-tengah masyarakat? Bukhori dalam kitab shohihnya meriwayatkan bahwasanya para sahabat berselisih disamping Rasul saww, sekelompok mengatakan supaya membawakan dan mendatangkan pena dan tinta tersebut, dan sekelompok lainnya menentangnya[1]. Jika mereka mengamalkan wasiat Rasul saww, apakah perlu beberapa orang membuat orang yang tidak jelas serta buatan dengan nama Abdullah bin saba’ dan semua perselisihan dinisbatkan kepadanya, sehingga yang lain yang melakukan kesalahan dan dosa-dosa bersih dari noda noda kesalahannnya? Apakah orang yang menelaah akan bisa menerima penjelasan penjelasan yang tidak masuk akal ini ?
2. Sumber sumber perselisihan kembali kepada orang-orang yang mana:
a. Mereka menyiapkan ladang kepemimpinan untuk Bani umayyah dan Bani abbas, terkhusus Muawiyah. Dan menyebabkan mereka mempermainkan agama Islam dalam bentuk yang mereka inginkan dan mereka menyelewengkan kebenaran.
b. Mereka yang mana telah mengasingkan para sahabat-sahabat setia Rasul saww dari Madinah seperti; Abu dzar, sementara Rasul saww telah bersabda, “saya tidak melihat manusia diatas bumi yang lebih jujur dari Abu dzar”, dan mereka yang mengembalikan orang-orang ke Madinah padahal orang-orang tersebut adalah orang-orang yang telah diasingkan dan diusir oleh Rasul saww seperti Hakam bin ash dan marwan, bahkan khalifah ketiga menikahkan anak putrinya dengan Marwan.
c. Orang-orang seperti Marwan bin hakam dengan merekayasa stempel Ustman telah mewujudkan sarana pembunuhannya, dan dalam perang jamal dia telah menancapkan anak panah pada tholah dan mebunuhnya[2].
d. Orang-orang yang tidak membaiat khalifah yang benar Ali bin Abi Thalib as, dan melakukan peperangan yang bermacam-macam kepadanya, seperti perang Jamal, Shiffin dan Nahrawan. dengan jujur, seandainya Muawiyah, Tholhah, Zubair, Aisyah, dan pembesar-pembesar Khowarij tidak memerangi Ali as, apakah umat Islam akan melihat kebrobokan dan akan menemui keadaan yang ada seperti sekarang ini? Orang-orang Qositin, Marikin, dan Nakitsin itu siapa saja? Dan apa yang telah mereka perbuat untuk Islam?
e. Tidakkah pembunuhan Ustman merupakan sebuah pemicu terjadinya dua perang besar dan menyebabkan sahabat-sahabat terbaik Rasul saww terbunuh? Tidakkah para pengikut perang perang ini adalah tangan kirinya umawi dan marwan dimana mendorong istri Nabi saww maju kedepan dan telah melukai kehormatan Nabi saww dengan paling buruknya luka?
f. Bukankah ini semua adalah orang-orang yang telah melakukan peperangan terhadap Ahlul bait Rasul as dan mengikngkari keutamaan-keutamaan Ahlul bait as, serta membuat hadis-hadis palsu yang menentang Ali as?
3. Muawiyah
Meskipun sekelompok para peneliti dan Ulama Ahlus sunnah telah mencela Muawiyah dikarenakan beberapa hal yang natinya akan kami sebutkan, dan perilaku serta sikapnya yang telah membahayakan umat Islam, akan tetapi pada Kenyataannya masih ada sebagian yang lain yang membela Muawiyah dan menjabarkan kesalahan-kesalahan Muawiyah dan mengingkarinya, terkadang mereka menyebut Muawiyah dengan penulis wahyu (كاتب الوحي), atau Paman (dari ayah) orang-orang mukminin (خال المؤمنين). Sementara Muhammad bin Abu Bakar juga paman (dari ayah) Nabi, tetapi kenapa mereka mereka tidak menyebut Muhammad bin Abu Bakar dengan sebutan ini? Tidakkah Muawiyah adalah orang yang telah memerangi Al-Hasan as cucunya Rasul? Dan setelah perjanjian perdamaian akhirnya Muawiyah membunuhnya (dengan meracun beliau melalui perantara istri beliau)? Tidakkah Muawiyah adalah orang yang telah membunuh Hijr bin udai dan teman-temannya -padahal dia termasuk orang-orang mukmin pertama Islam – dengan dosa karena telah mencintai Ali as? Tidakkah Muawiyah adalah orang yang telah melegalkan akan pencacian dan pelaknatan kepada Ali as?[3] Padahal Rasul saww telah bersabda, “memusuhi Ali (a.s) adalah memusuhi saya”? Tidakkah Muawiyah adalah orang yang telah dilaknat oleh Rasul saww[4]? Tidakkah Muawiyah adalah orang yang telah mengingkari perjanjian damai dengan Imam Hasan as dimana dia telah mempromosikan Yazid anaknya sebagai pengganti setelahnya, dan Yazid adalah orang yang telah membunuh Al-Husain as cucu Rasul saww, telah menyerang Ka’bah, serta telah membunuh orang-orang Madinah secara umum? Apakah Muawiyah tidak ikut serta dalam kriminalitas anaknya? Kenapa istri Rasul saww melakukan peperangan kepada khalifah Rasul? Tidakkah orang yang keluar dari barisan khalifah yang benar dikatakan sebagai terdakwa dan termasuk pemberontak yang zalim ? Kenapa menyalahi perintah al-Qur’an dimana Allah swt telah berfirman, وقرن في بيوتكنّ  “isteri-isteri nabi itu harus tinggal di rumah mereka dan jangan keluar dari rumah”, malah ikut berperang melawan Ali as di Bashrah? Tidakkah Rasul saww telah bersabda, يا علي حربك حربي وسلمك سلمي ? dengan adanya hadis semacam ini sama halnya  Muawiyah, Aisyah, Tholhah, Zubair memerangi Rasul, karena berperang dengan Ali as tak ubahnya berperang dengan Rasul[5]. Apakah dengan menelaah dan mengenal sejarah secara global -dimulai dari pertanyaan yang mana siapa saja yang telah menyebabkan perselisihan dan kebinasaan Islam dalam masyarakat Islam dimana dampak tersebut masih tetap ada sampai sekarang- akan bisa ditutupi?
Oleh: Nurul Huda
[1]- Shohih Bukhori juz 1 bab 83.
[2]- Tarikh Islam Dzahabi, peristiwa perang Jamal dan Usudul Ghobah juz 2 hlm.  469.
[3]- Shohih Muslim juz 2 hlm.  360,/ Shohih Turmudzi juz 5 hlm.  301, dan 309, / Al-Mustadrok Hakim Nisaburi juz 3 hlm.  109, / Tarikh Damsik Ibnu Asakir Syafii juz 1 hlm.  206, 271, 272/ Khoshois Amirul Mukminin Nasa’i Syafii hlm.  48,/ Durorus Simthoin Zarandi Hanafi hlm.  107.
[4]-  Shohih Muslim kitab al bir bab man laanahu al-Nabi au sabbahu.
[5]- Al-Mustadrak alas sahihain juz 3hlm.  149, penulis kitab ini mengaku bahwasanya hadis ini adalah hadis yang Shohih (benar)/ Musnad Ahmad bin Hanbal juz 2 hlm.  422/ Mu’jamul Kabir Thabrani juz 3 hlm.  31,/ Tarikh Baghdad juz 7 hlm.  137/ Durul Mantsur juz 5 hlm.  199.